[ Mencecah 80 ribu page views dan 30 ribu pengunjung ! Iklankan produk anda di Artiskini.com! Klik Sini! ]

-----------------------------------------------------------------------------------------
 

Takziah:Fedtri Yahya Masih Sedih Isteri Keguguran

 

Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

http://3.bp.blogspot.com/-4LkN5amq9YA/TfXskljhBmI/AAAAAAAAH7c/t8PNX_iGSg0/s1600/GUA-fedtri_Yahya_default_177485987.jpg

Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.

Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.

“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.

“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.

Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.

“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.

“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya. Source: Mstar

 

Masukkan E-Mel Anda Untuk Update terkini Artis dan Cerita Panas:

Delivered by FeedBurner

Discussion

What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

 
Your Ad Here