Wednesday, 26 July 2017

Siti Nurhaliza mengandung?

Dengar-dengar Datuk Siti Nurhaliza mengandung lagi ke? Kononnya ada satu sample darah bernama Siti Nurhaliza Tarudin. Terdapat spekulasi mengatakan itu darah Dato Siti yang dihantar ke makmal ujian Patologi di PJ. Kalau betul baguslah, bukan apa kita bolehla tumpang gembira. Sudah pasti anak Dato Siti dan Datuk Khalid comel macam mak bapaknya.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.


Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Dalam pada itu suami kepada  Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.